Dadah ialah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Penggunaanya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.



Pandangan menurut agama Islam

"Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram."

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim



Pandangan menurut agama Buddha

"Pemabuk dan penagih dadah hilang harga diri, daya pertimbangan, akal dan penghancuran diri dari segi jasmani dan rohani."

Anenttava Nikaya


"Mereka yang biasa dengan dadah hilang maruah dan ketakutan mereka dan didorong menghancurkan keamanan dari segi jasmani dan rohani."

Samyutta Nikaya



Pandangan menurut agama Kristian

"Tuhan telah menjemput kita untuk membentuk masyarakat yang adil dan kasih. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangkan potensi kita sepenuh mingkin dan kerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah hidup, supaya kamu dan keturunan kamu akan hidup."

Deut 30:19



Pandangan menurut agama Hindu

"Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati."

Dari sebuah Buku Tamil (Kural)




INHALAN

KETUM

GANJA

HALUSINOGEN

DEPRESEN

OPIAT

STIMULAN

Tuesday, 29 March 2011

Ganja

GANJA


Nama saintifik tumbuhan ini ialah Cannabis Sativa. Kanabis/ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga dikenali sebagai marihuanna atau marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud bahan yang memabukkan.

NAMA JALANAN
Weed, Pot, Grass, Reefer, Mary Jane, Joint, Roach atau Nail, Blunt

JENIS-JENIS
- Kanabis herba
Dikenali sebagai ganja, Marijuana/grass, pot/weed, Bhang, Kit, Takrouri dan Dagga. Ia merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok Cannabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun ia lebih kehijau-hijauan.

-Resin getah Kanabis (Hashish, Charash)
Resin/getah kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpul, dikering atau dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin. Warna serbuk atau blok hashish berbeza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

-Minyak Hashish
Merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja. Ia diperoleh melalui proses kimia yang dijalankan berulang kali ke atas ganja atau Hashish. Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara.



KESAN DAN AKIBAT
*Paru-paru
Radang paru-paru
Barah paru-paru
Sakit dada
Lelah

*Organ pembiakan
Lelaki-Pengeluaran hormon testosterone merosot, ketidakseimbangan hormon
Perempuan-Haid tidak menentu, bilangan ovary kurang dan lemah daya penyusuan

*Bahagian otak
Kurang daya kawalan keseimbangan
Kurang daya ingatan
Mudah marah
Gangguan mental

*Jantung
Kadar denyutan meningkat
Mengubah fungsi jantung
Aliran darah terjejas

*Hati
Menekan pengeluaran enzim dalam hati

No comments:

Post a Comment