Dadah ialah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Penggunaanya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.



Pandangan menurut agama Islam

"Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram."

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim



Pandangan menurut agama Buddha

"Pemabuk dan penagih dadah hilang harga diri, daya pertimbangan, akal dan penghancuran diri dari segi jasmani dan rohani."

Anenttava Nikaya


"Mereka yang biasa dengan dadah hilang maruah dan ketakutan mereka dan didorong menghancurkan keamanan dari segi jasmani dan rohani."

Samyutta Nikaya



Pandangan menurut agama Kristian

"Tuhan telah menjemput kita untuk membentuk masyarakat yang adil dan kasih. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangkan potensi kita sepenuh mingkin dan kerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah hidup, supaya kamu dan keturunan kamu akan hidup."

Deut 30:19



Pandangan menurut agama Hindu

"Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati."

Dari sebuah Buku Tamil (Kural)




INHALAN

KETUM

GANJA

HALUSINOGEN

DEPRESEN

OPIAT

STIMULAN

etika

Di harap agar pembaca-pembaca memenuhi etika-etika yang telah ditetapkan apabila melawati blog ini.

1. Tidak menyentuh isu-isu sensitif apabila meninggalkan komen di ruangan yang di sediakan/shoutbox.

2. Menghormati individu-individu yang terlibat dengan dadah secara langsung atau tidak langsung.

3. Cuba untuk tidak mengadili sesiapa sahaja di dalam blog ini yang secara sengaja/tidak sengaja memberikan perasaan tidak puas hati kepada pembaca.

4. Teguran yang diberikan hendaklah berhemah, kerana kebanyakkan pembaca dan yang terlibat dengan blog ini adalah dari latar belakang yang disegani.

5. Rasional.

6. Sentiasa positif dan memberikan idea/hujah yang bernas dalam menangani isu-isu berbangkit.

7. Sentiasa menerima dengan baik cerita-cerita yang disiarkan di dalam blog ini. Untuk teguran, sila baca etika nombor 4.

8. Isu/fakta yang disiarkan adalah untuk pengetahuan umum tentang bahayanya dadah kepada kita, oleh itu segala cara/aksi yang disiarkan adalah dilarang sama sekali untuk dicuba atau ditiru.




Anda cuba anda sengsara!