Dadah ialah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Penggunaanya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.



Pandangan menurut agama Islam

"Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram."

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim



Pandangan menurut agama Buddha

"Pemabuk dan penagih dadah hilang harga diri, daya pertimbangan, akal dan penghancuran diri dari segi jasmani dan rohani."

Anenttava Nikaya


"Mereka yang biasa dengan dadah hilang maruah dan ketakutan mereka dan didorong menghancurkan keamanan dari segi jasmani dan rohani."

Samyutta Nikaya



Pandangan menurut agama Kristian

"Tuhan telah menjemput kita untuk membentuk masyarakat yang adil dan kasih. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangkan potensi kita sepenuh mingkin dan kerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah hidup, supaya kamu dan keturunan kamu akan hidup."

Deut 30:19



Pandangan menurut agama Hindu

"Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati."

Dari sebuah Buku Tamil (Kural)




INHALAN

KETUM

GANJA

HALUSINOGEN

DEPRESEN

OPIAT

STIMULAN

Monday, 28 March 2011

Ketum

KETUM

Nama saintifik Pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth. Pokok ketum ialah pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning yang kecil. Dua jenis dedaun tetulang daun berwarna merah dan yang lain berwarna putih (dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat. Nama jalanan bagi daun ketum daun ketum atau biak di Malaysia. Manakala di Thailand dipanggil Kratom, Ithang, Kakuan. Pada asalnya kegunaan daun ketum ini adalah sebagai ubat tradisi dan dadah narkotik.

KESAN FARMAKOLOGI
*Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambilnya dan tahan selama 6 jam
*Mengurangkan ketegangan otot
*Menindas sitem saraf pusat
*Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive)
*Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil

>>
>>
+
+
=


KESAN PENYALAHGUNAAN DAUN KETUM
- Menghalang motivasi
- Bosan dan malas
- Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi
- Merasa gatal atau berpeluh
- Anak mata menjadi sempit
- Merasa loya
- Mulut menjadi kering
- Kerap buang air kecil
- Kehilangan selera makan
- Sembelit
- Hilang berat badan
- Insomnia
- Psikosis (gangguan)

GEJALA KETAGIHAN DAUN KETUM
Hidung dan mata berair
Sakit pada otot dan tulang
Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
Tingkah laku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
Mudah marah

RAWATAN
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

PERUNDANGAN
Kesalahan memilik, memproses atau menjual daun ketum dibawah Akta Racun 1952 [Sek. 30(5)] didenda sehingga RM10 000 dan/atau penjara selama 4 tahun

No comments:

Post a Comment